Masyuk Hatiku..

Jutawan dunia.. Jutawan akhirat..

Ringkasan kejadian yang berlaku di Fukushima


Rentetan peristiwa:

11 Mac-19:45- Kerajaan jepun mendedahkan bahawa berlaku masalah penyejukan di loji Daiichi
12 Mac- 17:47- Letupan dan radiasi berlaku di reaktor no 1 disahkan oleh kerajaan
13 Mac- 23:37- TEPCO memesukkan air laut ke dalam reaktor 1 dan 3
14 Mac- 11:15- Letupan pada tangki no 3, air laut dipam ke tangki no 2
15 Mac- 06:20- Letupan pada reaktor no 2, reaktor no 4 terbakar
               11:57- Letupan pada tangki no 4 dilaporkan
               16:44- Reaktor no 4 terbakar
               18:01- TEPCO mengatakan telah mengeluarkan 750 pekerjanya sejak selasa lalu, 50 masih tinggal.
               20:54- Radiasi pada tangki no 4 terlalu tinggi untuk menjalankan tugas normal
16 Mac- Operator merancang untuk membina jalan ke loji untuk memudahkan kemasukan bomba


17 Mac- Helikopter digunakan untuk menyejukkan reaktor

18 Mac- Pergerakan arah angin mengesahkan, radiasi bakal sampai ke Amerika.

One- Secanggih mana pun teknologi, kita tidak dapat melawan kuasa Tuhan..

Akal Vs Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam




Akal Vs Nafsu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sebelum dan selepas bencana di Jepun.. (Google Maps)

Berikut merupakan gambar2 bencana di jepun yang diambil dari Google Maps..






















One- Cepat betul mereka rakam gambar2 nie ye..

Susulan Bencana di Jepun


Berikut merupakan susulan gambar2 bencana di Jepun.. Sama2 kita saksikan..



Rumah dan jalan pecah..

Jalan-jalan yang dah rosak..

Takotnye..

Kereta terhimpit di bawah bangunan..

Rumah runtuh..

Kereta yang hanyut..

Menyedihkan dan sangat menyayat hati..



Terkandas di Lapangan Terbang..

Ketika Tsunami mula- mula berlaku..

Bot terbalik..

Kereta- kereta yang hanyut..

Ketika tsunami..

ketika air surut..

Pusaran di tengah lautan.. Perhatikan ada kapal di tengah- tengah..

Letupan di loji nuklear..

Kesan tsunami..


Letupan di tangki ke-3 di loji fukushima..

Kecut perut menyaksikan gambar2 tersebut.. 

Letupan Loji Nuklear..

Nuklear merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Ia banyak digunakan di negara- negara maju seperti Jepun, Amerika dan Perancis. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.

Apa yang saya mahu fokuskan hari ini bukan nuklear, tetapi rentetan peristiwa loji nuklear.


Rentetan peristiwa yang melibatkan kemalangan di loji nuklear:



  1. Tragedi pertama berlaku dalam tahun 1957 di Bandar Kyshtym di Pergunungan Ural Selatan, Soviet Union.
  2. Tangki yang mengandungi sisa radioaktif telah meletup. Kawasan yang mengalami bencana merangkumi beberapa ratus kilometer daripada tempat kejadian. Sebanyak 30 bandar dan kampung telah ditinggalkan kosong. Seramai 10,000 mangsa telah dipindahkan.
  3. Tragedi kedua berlaku pada 7 Oktober 1957 di Liverpool Utara, England.
  4. Sebuah reaktor yang menghasilkan plutonium telah terbakar dan kematian adalah 33 orang manakala beribu-ribu yang lain terdedah kepada bahan-bahan radioaktif. Kawasan yang tercemar dengan radioaktif meliputi 516 km persegi.
  5. Tragedi ketiga berlaku pada 22 March 1975 di Decatur, Alabama, Amerika Syarikat.
  6. Seorang pekerja telah menggunakan api lilin untuk menguji kebocoran paip yang mengakibatkan kebakaran berlaku. Walau bagaimana pun loji tersebut dapat diselamatkan.
  7. Tragedi keempat berlaku pada 29 March 1979 di Harrisburg, Pennsyalvania, Amerika Syarikat.
  8. Air penyejuk untuk reaktor nuklear telah kering dan berlakulah kerosakkan yang teruk pada reaktor nuklear. Seramai 144,000 penduduk telah dipindahkan dan kawasan yang terjejas merangkumi 16 kilometer daripada tempat kejadian. Kerja-kerja pembersihan adalah melebihi US$ I billion walhal kos pembinaannya adalah US$ 700 juta sahaja.
  9. Tragedi kelima berlaku pada 26 April 1986 di Chernobyl, Soviet Union.

Letupan di reaktor nuklearnya telah menjejaskan kehidupan 9 juta penduduk yang terdiri daripada 2.5 juta penduduk di Belarus, 3.5 juta penduduk di Ukraine dan 3 juta di Rusia. Kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ialah 160,000 km persegi dan ia melibatkan tiga republik. Untuk 30 tahun selepas peristiwa itu, kanak-kanak terdedah kepada barah tiroid.
     6.  Yang terbaru, 12 Mac 2011 loji nuklear Fukushima, Jepun yang terletak 240 kilometer utara Tokyo.

Mengikut sumber Berita Harian-

"Sebelum itu, reaktor nombor 1 mereka sudah mengalami kecairan pada sebahagian batang bahan bakarnya. Berikutan itu, jurutera mengepam air laut untuk mengawal perkara sama berlaku pada reaktor nombor 3 dan kerajaan mengakui pihaknya bertindak lambat semalam"
"Tidak seperti reaktor nombor 1, kami mengalirkan dan memasukkan air pada peringkat awal ke reaktor nombor 3"

Akan tetapi, pihak pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu tindakan terdesak yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl. Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di liji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.

Hari ini, telah dilapurkan bahawa reaktor nombor 3 meletup. Ia telah menjulangkan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan.Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar. Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

Bencana dunia semakin mnjadi- jadi. Moga- moga kita sentiasa dingatkan.


Kegairahan..

Kenangan bersama mekanik jutawan- Abg Abu


Anda gairah?.. Sejauhmana kegairahan anda?..

Ramai orang selalu kaitkan kegairahan dengan seks, hubungan suami isteri dan proses mendapatkan zuriat.. Tapi, kegirahan yang saya cuba ungkapkan disini ialah, kegairahan dalam business.
Percaya atau tidak, dalam business perlu ada kegairahan.. Dengan kata lain, sifat yang tidak sabar2 ataupun semangat untuk bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu bnda yang kita inginkan.

Mereka yang gairah akan terus buat sesuatu perkara yang mereka inginkan tanpa mempedulikan tanggapan negatif sesetengah pihak. Bagi mereka yang kejar impian dalam jutawan, kegairahan perlu ada konstintesi dan tindakan. Tindakan yang positif pasti membawa kejayaan yang positif. Faktor persekitaran yang positif juga  membantu. Contohnya berkawan dengan orang yang positif membantu kita supaya lebih positif dalam melaksanakan sesuatu perkara. Jadi, semakin ramai rakan2 anda yang positif, anda akan menjadi semakin gairah untuk melakukannya. 

Saya sendiri sedang berusaha untuk mempositifkan minda. Jadi mari ramai- ramai kita jadikan orang yang positif agar berjaya dunia dan akhirat.. Insyaallah..

Majalah JUTAWAN Bil-18 menonjolkan pengasas DCL, Dato Stapa dan Dato Azlina.. Gairah menuju puncak kejayaan..


Crown Ambassador (CA) Samsul Bahri, juga dikenali CA rebonding menceritakan pengalaman tentang kegairahan berniaga..

En.Murshidi yang merupakan pengurus pemasaran DCL mempromote majalah jutawan kepada rakan niaga..

Dato Stapa memberi kata- kata perangsang

Bersama pengasas DCL- Dato Stapa Hj Omar

Bersama duta DCL- CA Sufian

Bersama Dato Azlina dan rakan2 niaga

Renungan Jumaat.. Rahsia disebalik Al-Fatihah



Maksudnya

1. Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih, lagi maha penyayang
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
3. Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang
4. Yang menguasai hari pembalasan
5. Hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya Engkau yang kami minta pertolongan
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus
7. Jalan yang orang- orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat..

Fadhilatnya



Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.





                        
Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
    "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
    "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkaumudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"



Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
    Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.



  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
    "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".





  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
    "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun). Sabda Nabi Muhammad s.a.w."Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  1. Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan  lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  2. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  3. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  4. Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  5. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...