Masyuk Hatiku..

Jutawan dunia.. Jutawan akhirat..

Kisah Sang Semut..

Hari nie, sy nk kongsikan cerita Sang Semut dan Nabi Sulaiman..





Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?.




Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun.




Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa.






Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut.

Moral of the story..

  • Kite patut mengambil pengajaran dari kisah sang semut ini yang sering beringat sebelum ditimpa kesusahan
  • Sediakan bekalan yang secukupnya untuk menghadapi hari2 yang mendatang nanti
  • Perlu ada backup plan dlm setiap apa yang kita lakukan- Contoh: Buat business
  • Dalam menguruskan perbelanjaan, perlu sentiasa bersederhana
  • Fitrah manusia, cepat lupa.. Perlu sentiasa diingatkan supaya tidak tersasar dari landasan sebenar..

*One- Terima kasih kerana sudi membaca- moga2 kita sentiasa diingatkan.. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...