Masyuk Hatiku..

Jutawan dunia.. Jutawan akhirat..

The Law of Attraction..

Pernah dengar Law of Attraction (Hukum Tarikan)?.. 
Mungkin ade yang diluar sana yang taw pasal bnde nie, tp jom kte review ape bnde nie..


Ape tu Hukum Tarikan?..


Mungkin ada di antara saudara berasa kecewa dengan apa yang diperoleh sekarang. Walhal, saudara membanting tulang mencari rezeki. Namun, hingga ke hari ini, saudara masih berjaya mendapat duit banyak. Saudara berasa kecewa. Setiap hari saudara mengeluh dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saudara. Saudara mengejar wang tetapi wang tidak mahu mendekati saudara. Walaupun saudara mendapat wang, ia sentiasa tidak cukup. Saudara juga tidak pernah merasakan kesenangan dengan pendapatan yang saudara peroleh hari ini. Kenapa jadi begini?



Doa saje xcukop.. 



Setiap pagi, saudara bangun daripada tidur dengan perasaan kecewa. Saudara berfikir yang saudara tidak mungkin menjadi kaya, kerana setiap hari saudara menjalani kehidupan yang sama maka sukar mendapat rezeki. Pemikiran begini sering menghantui dan menguasai kehidupan saudara. Selepas bergelut dengan pemikiran seperti ini, saudara masih juga tidak mendapat wang yang cukup iaitu pendapatan yang saudara peroleh hanya sekadar mencukupi.





Adoi.. Sakitnye kpale kte!!..



Mungkin saudara bangun pagi dengan penuh keceriaan, bahagia dan gembira. Saudara yakin saudara bakal bertemu dengan orang yang mahu menjalin hubungan perniagaan dengan saudara. Saudara juga yakin yang jualan saudara akan terjual dengan banyaknya. Saudara dirikan solat subuh, berdoa memohon kemudahan darinya dan kemudian berbual dengan isteri dan anak. Selepas itu saudara pergi menemui pelanggan-pelanggan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Hasilnya, sungguh menakjubkan! Saudara memperoleh keuntungan besar ataupun hasil jualan saudara begitu memuaskan. 






Orang utan pon blh senyum..



Mungkin juga, semasa saudara menelefon teman lama, dia mengatakan yang dia juga sebenarnya mahu menelefon saudara. Pada masa yang lain pula, semasa menghadiri satu majlis, saudara mendapat tiket cabutan bertuah dan hadiahnya adalah kereta. Tiba-tiba saudara merasakan saudara pernah membayangkan semua peristiwa itu dan sekarang menjadi kenyataan.





Kereta Idamanku..



Beberapa contoh di atas menunjukkan Hukum Tarikan sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kita kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya.

(Dipetik dari bookcafe.com- Law of Arttraction)



Sbnarnya ia dapat dikaitkan, jika kita mengimpian sesuatu, kita perlu mengamalkan perkara berikut:


1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.
2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.
3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...


*One- Ilmu untuk dikongsi bersama.. Nasihatkan owg lain untuk nasihatkan diri sndiri.. Renung- renungkan dan selamat beramal.. Hu3

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...