Masyuk Hatiku..

Jutawan dunia.. Jutawan akhirat..

Letupan Loji Nuklear..

Nuklear merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Ia banyak digunakan di negara- negara maju seperti Jepun, Amerika dan Perancis. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.

Apa yang saya mahu fokuskan hari ini bukan nuklear, tetapi rentetan peristiwa loji nuklear.


Rentetan peristiwa yang melibatkan kemalangan di loji nuklear:



  1. Tragedi pertama berlaku dalam tahun 1957 di Bandar Kyshtym di Pergunungan Ural Selatan, Soviet Union.
  2. Tangki yang mengandungi sisa radioaktif telah meletup. Kawasan yang mengalami bencana merangkumi beberapa ratus kilometer daripada tempat kejadian. Sebanyak 30 bandar dan kampung telah ditinggalkan kosong. Seramai 10,000 mangsa telah dipindahkan.
  3. Tragedi kedua berlaku pada 7 Oktober 1957 di Liverpool Utara, England.
  4. Sebuah reaktor yang menghasilkan plutonium telah terbakar dan kematian adalah 33 orang manakala beribu-ribu yang lain terdedah kepada bahan-bahan radioaktif. Kawasan yang tercemar dengan radioaktif meliputi 516 km persegi.
  5. Tragedi ketiga berlaku pada 22 March 1975 di Decatur, Alabama, Amerika Syarikat.
  6. Seorang pekerja telah menggunakan api lilin untuk menguji kebocoran paip yang mengakibatkan kebakaran berlaku. Walau bagaimana pun loji tersebut dapat diselamatkan.
  7. Tragedi keempat berlaku pada 29 March 1979 di Harrisburg, Pennsyalvania, Amerika Syarikat.
  8. Air penyejuk untuk reaktor nuklear telah kering dan berlakulah kerosakkan yang teruk pada reaktor nuklear. Seramai 144,000 penduduk telah dipindahkan dan kawasan yang terjejas merangkumi 16 kilometer daripada tempat kejadian. Kerja-kerja pembersihan adalah melebihi US$ I billion walhal kos pembinaannya adalah US$ 700 juta sahaja.
  9. Tragedi kelima berlaku pada 26 April 1986 di Chernobyl, Soviet Union.

Letupan di reaktor nuklearnya telah menjejaskan kehidupan 9 juta penduduk yang terdiri daripada 2.5 juta penduduk di Belarus, 3.5 juta penduduk di Ukraine dan 3 juta di Rusia. Kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ialah 160,000 km persegi dan ia melibatkan tiga republik. Untuk 30 tahun selepas peristiwa itu, kanak-kanak terdedah kepada barah tiroid.
     6.  Yang terbaru, 12 Mac 2011 loji nuklear Fukushima, Jepun yang terletak 240 kilometer utara Tokyo.

Mengikut sumber Berita Harian-

"Sebelum itu, reaktor nombor 1 mereka sudah mengalami kecairan pada sebahagian batang bahan bakarnya. Berikutan itu, jurutera mengepam air laut untuk mengawal perkara sama berlaku pada reaktor nombor 3 dan kerajaan mengakui pihaknya bertindak lambat semalam"
"Tidak seperti reaktor nombor 1, kami mengalirkan dan memasukkan air pada peringkat awal ke reaktor nombor 3"

Akan tetapi, pihak pakar nuklear Amerika Syarikat memberi amaran tindakan mengepam air laut untuk menyejukkan reaktor nuklear Jepun yang rosak dilanda gempa bumi adalah satu tindakan terdesak yang boleh membayangkan satu bencana seperti Chernobyl. Beberapa pakar dalam satu sidang media meramalkan tanpa mengira kesan krisis reaktor nombor 1 di liji nuklear Fukushima, 240 kilometer di utara Tokyo yang rosak, kemalangan terbabit sudah pun dengan serius menjejaskan kebangkitan industri jana kuasa nuklear.

Hari ini, telah dilapurkan bahawa reaktor nombor 3 meletup. Ia telah menjulangkan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan.Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar. Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

Bencana dunia semakin mnjadi- jadi. Moga- moga kita sentiasa dingatkan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...