Masyuk Hatiku..

Jutawan dunia.. Jutawan akhirat..

Mimpi jadi realiti.. Sukarelawan Kemboja

Entri hari nie, sy nk kongsikan pengalaman saya di Kemboja

Semua ini berlaku pada tahun ke-2 saya di UMK. Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan kepuasannya masih terasa hingga ke hari ini. Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi kemboja, terasa asing sekali. Mana taknya, perbezaan bahasa menyukarkan kami berkomunikasi dengan masyarakat disana. Bahasa yang digunakan hanyalah bahasa inggeris tetapi tidak ramai yang mengusai bahasa inggeris ini. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa mereka.


Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa..



Jika dibandingkan dengan malaysia, arah jalan juga berbeza, mereka menggunakan sistem jalan pemanduan sebelah kiri. Berkemungkinan besar, ini disebabkan oleh pengaruh penjajah mereka, Perancis yang mendorong kepada kemasukan kenderaan- kenderaan dari negara mereka. Kebanyakan daripada warga kemboja terdiri dari golongan kanak- kanak dan golongan tua. Golongan muda dan berpendidikan sangat kurang disana. Ini telah mendorong kepada kelembapan ekonomi yang mula dibangunkan semula. 






Mengikut kepada sejarah kemboja, ini disebabkan pembunuhan beramai- ramai warga kemboja yang muda dan berpendidikan oleh rejim Pol Pot. Pol Pot merupakan kapten general yang sangat kejam. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Pol Pot merupakan general ahli militan komunis yang berpendapat golongan yang berpendidikan dan bangsawan ini adalah orang yang akan menindas mereka dan perlu dibunuh terlebih dahulu supaya mereka dapat hidup dengan aman. Akhirnya Pol Pot dapat ditumpaskan dan dipenjarakan oleh tentera Amerika Syarikat. Itulah secara ringkas sejarah kemboja.


Seterusnya, tiba di Kampung Thom, terasa perasaan berbeza. Kebanyakkan daripada mereka fasih berbahasa melayu. Tidak hairanlah mereka merupakan masyarakat melayu champa. Masyarakat ini, mengamalkan budaya melayu seperti beragama islam, bercakap dalam bahasa melayu, mengamalkan adat resam melayu. Pada saya, masyarakat mereka seperti Malaysia di zaman 50-an. Sama seperti apa yang atok ceritakan semasa mereka masih kecil. Masyaraktnya sangat ramah tetapi mereka hanya akan melakukan sesuatu pekerjaan jika mereka diberikan upah. Jika tidak, mereka hanya akan duduk sahaja tanpa buat apa2. 


Seminggu kami disana terasa seperti duduk hanya beberapa jam sahaja. Pelbagai pengalaman yang telah saya dan rakan2 tempuhi. Kami juga agak rapat dengan beberapa penduduk disana. Tuan rumah tempat kami tumpang juga telah menganggap kami sebagai anak angkat walaupun kami tidak faham apa yang mereka cakapkan. Walaubagaimanapun, pengalaman yang paling indah apabila berjumpa dengan masyarakat disana dan melakukan ibadah korban. Terpancar wajah keceriaan di wajah mereka. 
Berikut merupakan gambar2 saya di sana..



Di Lapangan Terbang KLIA


Gambar dari dlm kapal terbang.. Bumi kemboja..


Tiba di Lapangan Terbang Phnom Penh


Contoh makanan ringan mereka- cengkerik dan trantula..


Pengalaman memegang tarantula.. Ms mula2 pegang takot gak.. Rpenye biase je..


Penjual di sana..


Di kampung Thom, Kemboja- Satu2 nya kwsan masyarakat melayu champa di Kemboja..


NC UMK memberikan ucapan penghargaan..


Bersama golongan memerlukan di kemboja.. Bersembang dengan bahasa yang kita sendiri tidak faham..


Kawasan perkampungan di sana..



Kawasan kampung ibarat zaman 50-an di malaysia..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...